Berjangkit dengan Bonda @ Simptom beralih Bulan

Orang tua2 kata, bila Baby nak beralih bulan, akan ada perubahan baru kat Baby..Contohnya mcm demam ke, seseme or batuk or maybe baby xmo tidor malam..

Sepanjang pantang, 2 kali Sue seseme...Entah la,Sue pun xsure sbb Fayyadh mula2 batuk mcm gatal tekak bile umur 54 hari..Masa tu dah nak balik JB dah..baru habis pantang..So, ajak suami g klinik kesihatan.Dr kata paru2 clear..tetibe pulak baby demam..37.5 degree..kat KK dptla ubat demam,batuk n titis (Normal Saline) dlm hidung untuk unblock hingus baby..

Ptg tu apply kat baby sume ubat2 tu..1st time try, Fayyadh xngamuk pun..suke plak mkn ubat..cuma bab titis ubat dlm hidung tu melalak bukan main..Sue pun salah..Actually, Fayyadh xseseme pun.Dah Doc bagi,Sue titsla kat hidung die..terus die seseme malam tu...sian sgt..Dah la baby xpandai hembus or sedut hingus die..

Lepas 2 hari,oleh sebab xde perubahan, g Klinik Keluarga area rumah ni..Dr kata, biasa je batuk n kahak die..Mana xbiasa, Fayyadh ni boleh senyum2 gelak2 plak bile Doc apply termometer kat dahi die...Pastu dr kata "dont over do sgt"..haih la Doc, xkan baby melalak2 xleh tidor malam,mak bapak nak tengok aje..mesti usaha nak anak baik kan? ape da..Kat Klinik ni dpt ubat kahak n ubat titis (Iliadin).. Pun xsembuh jugak lepas dah try ubat ni 2 hari

Source

Pastu 12/6 malam,baby melalak,sekuat hati...xpernah lagi Fayyadh nangis mcm tu..mmg cuak+kelam kabut la Bonda and Ayah..ingatkan anak kena sampuk or ternampak 'something' ke..rupanya dia tersumbat hidung..xboleh nafas..sian sgt alahai..Suami sedut kahak die dari hidung guna mulut sbb guna Nasal aspirator mmg xjalan sbb kahak dia pekak sgt..korek ikut mulut die pun kahak tu xmo keluar.. hari tu, 3 kali die xboleh bernafas..pukul 7pm, 7.40pm pastu 8.30pm...gelabah ayam betol kitaorg..mmg setiap kali die melalak suami akan sedut hidung and korek mulut bagi muntah..lepas Fayyadh dah lega,mmg die akan tertidor...


 Kesian sgt tgok keadaan dia..Hidung merah sbb kena sedut..melalak sbb kena sedut n paksa makn ubat..

Mlm tu terus tanya Nana pasal Klinik Pakar Kanak2 kat JB ni..Nana suggest g Klinik Pakar Kanak-Kanak England..Esok 13/6,terus g Klinik tu..Pergi awal sbb nana kata ramai patient klinik tu...Seriously, very recommended! Doc die mmg baik,ckp lemah lembut..memahami masalah parents, dgr apa parents nak ckp.bukan suka potong ckp kita..Pakcik yg kitaorg jumpa masa tgh tunggu nak masuk bilik Doc tu pun suka klinik tu sbb dia kata ubat dia bagus,dgn izin Allah..

Kat klinik ni, Doc bg ubat makan untuk batuk and seseme..Since Sue dah ada Iliadin, Doc just advice cara gunakan ubat ni aje..Erm..pakai pun xbetul,mcmana Iliadin ni nak function..Klinik keluarga tu xajar mcmana nak guna ubat tu..Iliadin tu guna setiap kali sebelum baby nak tidor and bile die xboleh bernafas..Pancitkan ubat tu 2 drops dlm hidung..buat sebelah dulu, 5 minit lepas tu baru buat sebelah hidung lg..baru la baby x melalak..Lagi 1, ubat dia pun xmahal mana..ubat batuk,seseme n ubat gatal plus consultation baru RM55..

Alhamdulillah, sekarang dah fully recover dah..Baby pun baru inject 2 bulan..Lepas ni, no more cium2 baby,gomol2 baby untuk sesiapa yg seseme or batuk termasuk Bonda! :(


p/s: Lepas ni if baby sakit,terus la ke Klinik kanak2..xperlu la g general clinic sbb bagi Sue, baby ni sensatif ckit so they need special treatment.. just my 2 cents :)

Alhamdulilah,Bonda dah habis pantang..yeayy!~



Muhammad Fayyadh Bin Mohd Asrul Azri..
1 month 20 days